fbpx

Gelombang haba paling lama ‘cengkam’ India 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK berlari di belakang sebuah lori yang menyembur air ketika cuaca panas melanda New Delhi pada 28 Mei lalu. – AFP 

NEW DELHI – Gelombang haba paling lama kini melanda India, kata pakar cuaca utama kerajaan hari ini ketika beliau memberi amaran bahawa rakyat  akan berdepan suhu panas yang semakin ‘mencengkam’.

Beberapa bahagian di utara India dilanda gelombang haba sejak pertengahan Mei lalu dengan suhu melonjak melebihi 45 darjah Celsius.

“Gelombang haba ini adalah yang paling panjang kerana dirasai selama kira-kira 24 hari di berbilang kawasan di negara ini,” kata ketua Jabatan Meteorologi India (IMD), Mrutyunjay Mohapatra dalam temu bual bersama akhbar Express daily.

Suhu dijangka turun apabila  hujan monsun tahunan bergerak ke utara India bulan ini tetapi Mrutyunjay memberi amaran, situasi lebih buruk bakal menyusul.

“Gelombang haba melanda negara ini akan menjadi lebih kerap, bertahan lebih lama dan lebih buruk sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak dilaksanakan,” katanya.

India merupakan pengeluar gas rumah hijau ketiga terbesar dunia tetapi komited untuk mencapai ekonomi sifar asap menjelang 2070, 20 tahun selepas objektif tersebut dicapai oleh negara-negara industri Barat.

Pada masa ini, India banyak bergantung kepada arang batu sebagai sumber tenaga.

“Aktiviti manusia, pertambahan penduduk, perindustrian dan mekanisme pengangkutan membawa kepada peningkatan kepekatan karbon monoksida, metana dan klorokarbon.

“Kita bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi generasi kita di masa hadapan,” kata Mrutyunjay.

Menurutnya, bacaan suhu gelombang haba terbaru di New Delhi menyamai rekod tertinggi yang pernah dicatatkan pada 2022 iaitu 49.2 Celsius. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI