fbpx

Euro 2024: Sepanyol layak dilabel pilihan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA (kiri) dan Ruiz masing-masing berjaya meledak satu gol buat Sepanyol menewaskan Ireland Utara awal pagi semalam. - SEFUTBOL

MALLORCA – Sepanyol dianggap sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi saingan Euro 2024 selepas membelasah Ireland Utara 5-1 pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Mallorca Son Moix awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Pedri serta masing-masing satu jaringan daripada Alvaro Morata, Fabian Ruiz dan Mikel Oyarzabal sudah cukup bagi memastikan juara Eropah tiga kali itu mendapatkan motivasi tambahan.

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente menyuarakan rasa gembira atas kemenangan itu selain menganggap pemain-pemainnya sudah berada dalam mood terbaik bagi menghadapi saingan Euro nanti.

“Kami menampilkan aksi yang cukup baik hari ini (semalam), terutamanya di separuh masa kedua apabila semua pemain seolah-olah sudah memasuki dimensi di mana kejohanan Euro sudah pun bermula.

“Saya gembira kerana kami berjaya menepati jangkaan dengan mencatat kemenangan besar ke atas Ireland Utara. Semua pemain menunjukkan mereka layak berada dalam pasukan dan beraksi di Euro,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol berjaya menjaringkan 10 gol dalam dua perlawanan persahabatan selepas terdahulu membelasah Andorra 5-0 pada aksi pemanas badan pertama minggu lalu.

Dalam pada itu, beliau turut memuji aksi ditampilkan Pedri apabila pemain Barcelona tersebut menjaringkan dua gol selain memainkan peranan cukup penting yang membantu tiga lagi jaringan skuad La Roja.

“Saya sentiasa cakap sebelum ini bahawa Pedri perlu mencari identiti sebenar dan dia berjaya buktikan hari ini (semalam). Dia merupakan tonggak pasukan dan saya menaruh sepenuh kepercayaan kepadanya,” ujar De La Fuente. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI