fbpx

Euro 2024: England tidak mahu sekadar ‘popular’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRY KANE

ENGLAND enggan sekadar menjadi negara ‘popular’, sebaliknya meletakkan hasrat untuk bergelar juara Kejohanan Euro 2024 yang membuka tirai secara rasmi di Jerman pada 15 Jun ini.

Justeru, The Three Lions yang berada di ranking keempat dunia itu bertekad untuk melakukan terbaik dengan harapan dapat mengulangi pencapaian edisi 2020 apabila lolos ke pentas final.

Pada edisi yang lepas, pasukan yang dibimbing oleh Gareth Southgate itu terpaksa akur apabila tewas kepada Itali dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley menerusi penentuan sepakan penalti.

Sudah pasti, Southgate mempunyai strategi terbaik bersama England selepas diundi dalam pasukan seimbang bersama Serbia, Slovenia dan Denmark dalam Kumpulan C.

Southgate yang telah memanggil 33 pemain pada minggu lalu percaya anak-anak buahnya kini berada pada tahap terbaik untuk melakar sejarah dengan bergelar juara buat kali pertama.

“Sebelum saya mengumumkan senarai pemain, saya telah berfikir panjang kerana ada dalam kalangan mereka yang sering bersama dengan kami sebelum ini tidak dipilih seperti Marcus Rashford.

“Rashford seorang pemain yang bagus tetapi prestasi tidak konsisten musim ini dan masih ramai lagi pemain di posisinya yang wajar diberikan peluang.

“Situasi sama melibatkan Jordan Henderson kerana selepas aksi antarabangsa pada Mac, dia mengalami kecederaan panjang dan tidak berada pada tahap kecergasan terbaik,” katanya.

Mengulas mengenai peluang England pada kempen kali ini, Southgate yang membimbing England sejak 2016 optimis misi untuk mencipta kejutan dapat direalisasikan sekali gus membalas kepercayaan para peminat.

“Saya akan menjadi orang paling bodoh andai tidak yakin dengan kemampuan barisan pemain yang kami panggil pada kempen kali ini.

“Saya lihat hubungan dalam kalangan pemain juga begitu akrab dan sudah tentu kejohanan kali ini dapat menjadi detik paling istimewa buat kami,” katanya.

Sandaran utama England pada kejohanan kali ini pastilah penjaring terbanyak sepanjang zaman, Harry Kane selain dibantu beberapa pemain muda meningkat naik seperti Bukayo Saka, Cole Palmer dan Phil Foden.
INFO

PASUKAN : England
GELARAN : The Three Lions
KETUA JURULATIH : Gareth Southgate
KAPTEN : Harry Kane
RANKING FIFA: No. 4 dunia
PENCAPAIAN TERBAIK: Naib juara (2020)

BARISAN PEMAIN

PENJAGA GOL
Jordan Pickford (Everton)
Aaron Ramsdale (Arsenal)
Dean Henderson (Crystal Palace)

PERTAHANAN
Joe Gomez (Liverpool)
Kyle Walker (Man. City)
John Stones (Man. City)
Luke Shaw (Man. United)
Kieran Trippier (Newcastle)
Marc Guehi (Crystal Palace)
Lewis Dunk (Brighton)
Ezri Konsa (Aston Villa)

TENGAH
Trent Alexander-Arnold (Liverpool)
Declan Rice (Arsenal)
Jude Bellingham (Real Madrid)
Conor Gallagher (Chelsea)
Kobbie Mainoo (Man. United)
Adam Wharton (Crystal Palace)

PENYERANG
Harry Kane (Bayern Munich)
Phil Foden (Man. City)
Bukayo Saka (Arsenal)
Ollie Watkins (Aston Villa)
Jarrod Bowen (West Ham)
Ivan Toney (Brentford)
Eberechi Eze (Crystal Palace)
Anthony Gordon (Newcastle United)
Cole Palmer (Chelsea)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI