fbpx

Diesel harga baru, pasir pula naik harga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej tular yang mengandungi notis kenaikan harga pasir pembinaan.

PETALING JAYA – Baru beberapa jam sahaja pengguna kenderaan perlu membayar harga baru minyak diesel sebanyak RM3.35 seliter berbanding harga lama RM2.15 seliter di semua stesen runcit, harga pasir pembinaan pula dikatakan turut naik.

Menerusi perkongsian satu mesej tular, sekeping notis yang mengandungi harga kenaikan pasir mengikut jenis kenderaan yang digunakan untuk membawanya mencetuskan kebimbangan di kalangan pengguna.

Bagi kenderaan van (lori satu tan) tambahan harga sebanyak RM20, lori enam tayar (tiga tan), tambahan harga RM30 dan lori 10 tayar pula, ada penambahan harga RM50.

Selain itu, tinjauan Kosmo! di media sosial juga mendapati, ada pengusaha bahan binaan mula menaikkan harga pasir seiring dengan kenaikan harga minyak tersebut.

“Mulai pukul 12.01 malam ini, harga diesel RM3.35 naik RM1.25, mulai esok pasir ikat berharga RM350 untuk lori tiga tan. Tanah tambun (batu lada atau tanah bukit) berharga RM250 untuk lori tiga tan,” kata seorang pengusaha dikenali sebagai Zul Abe Him di hantaran Facebooknya.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di laman Facebook Majlis Permuafakatan Pemilik Case Kelantan semalam, pihaknya memgumumkan kadar sewaan baru jengkaut untuk tahun 2024 bermula 10 Jun, dengan mengambil kira kenaikan barangan lain.

Kadar sewaan jengkaut bermula dengan RM530 hingga RM700 untuk sewaan harian, RM100 untuk satu jam, RM300 hingga RM350 untuk separuh hari, RM600 hingga RM700 untuk sewaan malam serta RM13,000 untuk sewaan bulanan berserta minyak dan pemandu selama 26 hari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI