fbpx

Datuk kreatif ajar cucu sindrom Down berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang datuk kreatif mengubah suai kerusi bulat untuk mengajar cucunya.

PETALING JAYA – Seorang warga emas digelar ‘atok best of the year’ apabila video mengenainya yang mengajar cucu lelaki yang menghidap sindrom down berjalan menggunakan kerusi bulat diubah suai tular di media sosial.

Video di TikTok oleh @madahmawaddahh0 menunjukkan cucu lelaki itu boleh berjalan dengan pertolongan datuk menggunakan kerusi istimewa itu.

Dalam video berkenaan, kelihatan kerusi tersebut dipasang dengan sebatang kayu panjang yang berfungsi sebagai pemegang serta tempat meletakkan gajet bagi cucunya menonton kartun kesukaannya.

Selain itu, lelaki itu memusingkan kerusi tersebut dengan perlahan agar cucunya dapat berlatih berjalan secara perlahan-lahan.

Meninjau dari ruangan komen, terdapat ramai netizen terharu dan memuji dengan tindakan warga emas tersebut yang mengubah suai pelbagai barangan lain kepada alatan khas untuk cucunya itu.

“Pandainya atuk buat macam tu. InshaAllah tak lama lagi boleh berjalan la tu,” komen @ahlia.musa.

”Kreatifnya atuk. Boleh menang anugerah ‘Atok best of The Year’,” komen @itztimothyzz.

Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan perkembangan kanak-kanak sebegitu sehingga mampu berjalan sendiri.

”Anak buah saya dulu pun lambat berjalan. Lama-lama nanti pandai berjalan sebab selalu ajak dia berjalan,” komen @harithhafifii.

”Anak saya pun sindrom down juga. Tok abah buat ‘walker’ sendiri. Setahun sembilan bulan baru mula melangkah sendiri,” komen @zeiylasuhaimi. – KOSMO! ONLINE

@madahmawaddahh0 Selama hari ini, bukan dia taknak berjalan. Dia tak boleh berjalan😭 Takpe baby. Kita usaha sama-sama, ya!💪 #babydownsyndrome #ASDvsVSD #hirschprungswarrior #journeyumihaiderluthfan #alhamdulillahforeverything @Hzaine ♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI