fbpx

Datang majlis kahwin, dapat cenderahati tilam lipat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu menerima pelbagai corak dan warna tilam lipat. – TikTok

JAKARTA –  Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan keterujaan tetamu sebuah majlis perkahwinan kerana menerima tilam lipat sebagai cenderahati untuk dibawa pulang, lapor portal berita Okezone hari ini.

Majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, tetamu dilihat memegang tilam lipat pelbagai corak dan warna ketika menghadiri majlis itu.

Mereka kelihatan teruja kerana cenderahati seperti itu dianggap  unik dan jarang diberikan dalam majlis perkahwinan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Beruntung tetamu lelaki tetapi kalau tetamu perempuan, pasti kecoh kerana mereka mahu menukar corak dengan orang lain,” kata seorang netizen.

“Mungkin yang berkahwin itu anak tauke kilang tilam. Banyak stok yang mahu dihabiskan,” kata pengguna laman sosial lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI