PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik tanpa hujan di kebanyakan kawasan di Semenanjung pagi ini.
Bagi cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara terutamanya di Semenanjung kecuali Melaka.
“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
“Cuaca sama turut dijangka melanda beberapa tempat di kawasan pedalaman Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak.
Menurut MetMalaysia, di Sabah pula, cuaca buruk sama dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan Tawau, diikuti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.
Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan lebat dijangkakan di Pahang dan beberapa tempat di kawasan pedalaman Kelantan serta Terengganu.
“Cuaca buruk turut diramalkan di beberapa tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan.
“Selain itu, di Sarawak, hujan lebat melibatkan beberapa tempat di Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang turut dijangkakan menjelang malam ini.,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.