HUBUNGAN cinta penyanyi Ariana Grande dengan kekasih baharu, Ethan Slater mendapat restu daripada abang Ariana, Frankie.
Kata Frankie, Slater memiliki pakej lengkap sebagai seorang suami, sama ada dalam soal kerjaya atau kewangan.
“Saya sukakan dia. Bagi saya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab,
“Pada saya dia seorang lelaki yang hebat dan mereka berdua akan menjadi pasangan serasi,” katanya.
Biarpun telah mendapat ‘lampu hijau’ daripada abangnya, namun Ariana tidak memberikan sebarang pengesahan terhadap hubungannya dengan Slater sejak akhir tahun lalu.
Kedua-duanya sebelum ini pernah gagal dalam perkahwinan apabila rumah tangga Ariana dengan Dalton Gomez sah musnah awal tahun ini, manakala Slater berpisah dengan bekas isteri, Lily Jay yang dikahwini pada 2018.