fbpx

Bekas pengurus bank direman kes rasuah RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai SPRM membawa seorang bekas pengurus bank (tengah) ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman.FOTO ROSALWANI CHE SOH/KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang bekas pengurus bank ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM50,000 bagi membiayai program bank tersebut sejak dua tahun lalu.

Tahanan reman yang bermula hari ini hingga Jumaat itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, lelaki berkenaan ditahan semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini pada pukul 3 petang semalam.

Menurut sumber, bekas pengurus bank itu dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM50,000 daripada pelanggannya dengan alasan untuk membiayai program membabitkan bank sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI