fbpx

Bank Rakyat lancarkan program BRIGHT untuk lepasan SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Rakyat dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) melancarkan Program Biasiswa: Inspirasi Bank Rakyat Memacu Bakat Tertinggi (BRIGHT) kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, permohonan program secara dalam talian itu dibuka bermula 27 Mei sehingga 1 Julai 2024.

“Calon akan melalui Program Asasi selama setahun sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

“Antara bidang yang ditawarkan setelah calon menjalani Program Asasi adalah Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda Pengurusan, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam), Sarjana Muda Psikologi, Sarjana Muda Pendidikan, Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dan Sarjana Muda Ekonomi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Bank Rakyat, antara syarat kelayakan bagi permohonan program iitu adalah lulus dengan minimum lima kredit, lulus di O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam lima mata pelajaran.

Kata Bank Rakyat, syarat lain termasuk lulus Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan minimum gred B dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.

Jelas Bank Rakyat, penajaan biasiswa itu terhad kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan keluarga berpendapatan sederhana (M40).

“Pelajar yang berminat untuk memohon, boleh memohon secara dalam talian menerusi alamat e-mel: [email protected].

“Sertakan dokumen seperti salinan kad pengenalan (depan dan belakang), salinan slip keputusan SPM dan lima keping gambar berukuran pasport sebelum tarikh tutup permohonan.

“Permohonan yang melepasi saringan Bank Rakyat sahaja akan disenarai pendek. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh Bank Rakyat dan pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dianggap tidak berjaya,” kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut berhubung kriteria kelayakan boleh layari laman sesawang www.bankrakyat.com.my dan media sosial Bank Rakyat atau hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat ditalian 1300-80-5454. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI