GEORGE TOWN – Tiga anggota polis yang bertugas di Balai Polis Pulau Tikus ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kes melibatkan tiga anggota polis itu masih dalam siasatan.
“Seorang anggota disiasat Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua lagi anggota yang ditahan disiasat Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil.
“Kes ini masih dalam siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Sebelum ini, tular di media sosial berhubung laporan berkaitan penahanan tiga anggota polis di balai tersebut.
Pemeriksaan ke atas anggota-anggota polis di balai tersebut dijalankan oleh pasukan dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. – KOSMO! ONLINE