fbpx

12 masih dirawat, dalam keadaan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Simpang Tiga Bahau di Rompin semalam.

ROMPIN – Seramai 12 orang mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Simpang Tiga Bahau di sini masih menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, daripada jumlah itu lapan orang adalah guru, dua kerani, dan masing-masing satu suri rumah dan pelajar.

“Seramai lima orang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Segamat (2) , Hospital Muadzam Shah (1), Hospital Melaka (1) dan tiga di hospital swasta.

“Kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil,”katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kemalangan semalam menyaksikan empat maut selepas sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Simpang Tiga Bahau di sini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu ialah seorang guru Hasnatul Adilah Hassan,48, yang meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29, yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dua lagi mangsa meninggal dunia ketika dirawat di HTAA Kuantan iaitu seorang pembantu guru, Hamzah Ahmad,60 dan Dahlia Ahmad, 52, yang merupakan seorang guru. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI