fbpx

Wei Chong-Kai Wun ke final Terbuka Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI CHONG (kiri) dan Kai Wun mengekalkan aksi konsisten apabila mara ke perlawanan akhir pada Terbuka Indonesia menewaskan Gutama-Isfahani sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki kebangsaan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang masih beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, pasangan No.20 dunia itu dipaksa bermandi peluh sebelum menewaskan wakil tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 29-27, 21-13.

Meskipun berdepan ribuan penyokong lawan di laman sendiri, namun Wei Chong-Kai Wun langsung tidak terkesan dengan keadaan itu, sebaliknya mereka tenang dan berjaya menampilkan aksi seperti biasa.

“Sebelum perlawanan, kami memang bersedia sebaik-baiknya, namun sebaik sahaja perlawanan bermula, kami terkejut dengan suasana stadium. Ia menyebabkan kami sedikit tertekan untuk bermain.

“Bagaimanapun, kami berjaya tenangkan diri dan kembali fokus pada permainan sendiri. Saya gembira kerana akhirnya kami berjaya keluarkan permainan sebenar,” kata Wei Chong kepada BWF sejurus tamat perlawanan.

Pada set pertama, pasangan negara hampir mensia-siakan kelebihan mendahului 9-2 apabila membenarkan pemain lawan mengejar dan menyamakan kedudukan 16-16 sebelum perlawanan diheret ke penentuan deuce.

Kedua-dua pasukan saling bertukar servis dalam memburu mata akhir set pertama, namun tuah nyata memihak Wei Chong-Kai Wun apabila berjaya memastikan kemenangan 29-27.

Bersambung set kedua, Gutama-Isfahani memperkemaskan permainan dan berjaya mendahului 8-4 sebelum Wei Chong-Kai Wun mempamerkan kebangkitan, seterusnya mengutip mata demi mata bagi memastikan kemenangan 21-13, sekali gus mara ke pentas final.

Kejayaan mara ke perlawanan akhir Terbuka Indonesia pastinya sesuatu yang sangat manis buat Wei Chong-Kai Wun kerana ini adalah final pertama mereka musim ini selain dilakukan pada Jelajah Dunia Super 1000.

Menanti beregu negara di perlawanan akhir nanti adalah juara Asia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang yang menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-13, 21-15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI