PETALING JAYA – Seorang lelaki nyaris maut cemas apabila tayar lori miliknya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika dia sedang memeriksa keadaan tayar tersebut.
Menerusi video berdurasi satu minit 19 saat berkenaan di X, mangsa mendakwa brek kenderaan berat itu mengalami kerosakan dan memberhentikan lori tersebut di tepi jalan untuk memeriksanya.
“Brek jem (rosak) tengok asap dah keluar banyak. Patut aku bawa rasa berat saja.
“Tayar kiri dan kanan berasap,” katanya.
Ketika memeriksa tayar di sebelah kiri dengan menendang menggunakan kaki, tiba-tiba ia meletup dan rakaman video menjadi gelap seketika.
Kesan daripada letupan itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.
Ekoran kejadian itu, lori berkenaan terbakar.
“Sebelum meletup telinga kiri kanan aku dengar bunyi berdesing ja, pastu habis luka semua badan,” katanya.
Walau bagaimanapun, lokasi tidak dinyatakan dan masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mangsa berhubung insiden yang berlaku. – KOSMO! ONLINE
SEORANG pemandu lori mengalami detik cemas apabila tayar kenderaan berat miliknya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika dia sedang memeriksa keadaan tayar tersebut.
Difahamkan insiden malang itu berlaku di sebuah jalan raya namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar. pic.twitter.com/4ww8a2FDtz
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) June 8, 2024