fbpx

Veteran perang kahwin pada usia 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terens (kiri) dan Swerlin (kanan). - AFP

PARIS – Seorang veteran Perang Dunia Kedua dari Amerika Syarikat (AS) berkahwin pada usia 100 tahun di Normandy, beberapa hari selepas diberi penghormatan pada ulang tahun ke-80 pendaratan tentera Berikat, lapor saluran berita NDTV kelmarin. 

Harold Terens melangsungkan majlis perkahwinannya di bandar Carentan-les-Marais, yang dihadiri puluhan tetamu selepas menerima pengiktirafan dalam sambutan digelar D-Day.

Isterinya, Jeanne Swerlin, 96 berkata, dia menunggu selama 96 tahun untuk bertemu dengan lelaki yang sesuai untuk berkahwin.

“Saya berasa muda semula. Ia adalah memori terbaik sepanjang hidup saya,” kata Terens. 

Terens difahamkan pernah berkahwin 70 tahun lalu dan memiliki tiga cahaya mata sebelum isteri pertamanya meninggal dunia pada 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI