fbpx

TVET mampu kurangkan kebergantungan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis sambutan Hari TVET Negara 2024 semalam.

PETALING JAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Timbalan Perdana Menteri berkata, TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi aliran terpenting yang membuka peluang luas kepada generasi muda untuk mencapai masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing di peringkat global.

“Dasar TVET Negara 2030 memberi anjakan penting dalam membawa Malaysia ke arah negara maju dengan menekankan modal insan berkemahiran melalui program TVET yang responsif, fleksibel dan inklusif.

“Dasar ini juga akan menjadi rujukan utama dalam memandu institusi TVET menyediakan program berkualiti yang memenuhi kehendak industri,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah seterusnya yakin dasar TVET Negara 2030 akan memberi limpahan manfaat untuk semua pihak.

“Saya sangat optimis bahawa Dasar TVET Negara 2030 ini akan dapat merealisasikan agenda pemerkasaan TVET buat keseluruhan pemegang taruhnya.

“Malah, dengan dasar yang komprehensif dan sokongan padu daripada semua pihak berkepentingan, saya yakin TVET akan memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

“Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat ini demi masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI