fbpx

Subsidi diesel: Ramai serbu stesen minyak sejak petang tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengguna kenderaan diesel mengisi bahan bakar tersebut pada kederaannya di salah sebuah stesen minyak di ibu negara petang tadi. Foto IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan diesel mula membanjiri stesen-stesen minyak berdekatan selepas pengumuman subsidi harga diesel di stesen runcit di seluruh Semenanjung Malaysia ditetapkan pada harga RM3.35 sen seliter bermula malam ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa stesen minyak sekitar ibu kota dan Petaling Jaya petang ini menyaksikan ramai pemilik kenderaan diesel mengambil kesempatan mengisi bahan bakar itu sebelum kenaikan harga baharu dikuatkuasa tengah malam nanti.

Seorang pemilik pikap, Nik Koidin Nik Mustapa berkata, kesempatan beberapa jam yang ada sudah cukup untuk mengisi penuh tangki kenderaan jenis Mitsubishi Triton miliknya yang digunakan sebagai menghantar barang.

“Saya ambil kesempatan ini untuk memenuhkan tangki kenderaan saya, boleh bertahan dua atau tiga hari bergantung kepada penggunaan saya.

“Saya sebagai pemandu yang menghantar barang di kawasan Lembah Kelang terpaksa memastikan bahan bakar sentiasa mencukupi, bantuan Budi Madani sebanyak RM200 untuk sebulan juga telah diluluskan,” katanya.

Terdahulu, Bermula tengah malam ini, harga diesel di stesen runcit di seluruh Semenanjung Malaysia ditetapkan pada harga RM3.35 sen seliter.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata, harga diesel tanpa subsidi itu ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam ini (Isnin).

“Harga diesel itu diumumkan secara minggu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM),” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI