fbpx

30,000 terima RM200 Budi Madani mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah.

PUTRAJAYA – Kerajaan menjangkakan pengurangan serta-merta kerugian daripada aktiviti ketirisan hasil penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel bersasar boleh membawa kepada penjimatan sebanyak RM4 billion setahun.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting ini akan disalurkan ke dalam sektor kritikal lain.

Menurutnya, penjimatan juga akan disalurkan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat, termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk anak-anak.

Dalam pada itu, katanya, seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel individu akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan pertama menerusi Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) mulai esok.

“Saya ingin tegaskan, bantuan ini tidak ada tarikh tutup, oleh itu saya menyeru kepada mereka yang sememangnya berkelayakan, sama ada bagi Budi Individu atau Budi Agri-Komoditi.

“Mereka yang memohon pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan Jun dan seterusnya. Mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan permohonan dan seterusnya,” katanya.

Sebelum ini, harga diesel dijual pada empat harga yang berbeza mengikut subsidi iaitu RM1.65 seliter bagi nelayan, pengangkutan awam darat (RM1.88 seliter), kenderaan komersial dan persendirian (RM2.15 seliter dan harga pasaran tanpa subsidi bagi sektor komersial yang pernah mencecah RM3.60 awal tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI