fbpx

[VIDEO] Seorang lagi meninggal dunia menjadikan tiga maut dalam nahas bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas yang terbalik selepas melanggar sebuah treler dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin tengah malam semalam.

ROMPIN – Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kejadian kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat meninggal dunia, menjadikan mangsa yang maut akibat tragedi itu meningkat kepada tiga orang.

Mangsa Hamzah Ahmad, 60, yang merupakan seorang guru meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sebelum ini dua mangsa dilaporkan maut iaitu penumpang bas, Hasnatul Adilah Hassan, 48, dan kelindan bas Hadi Ashraf Mad Idris, 29.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 malam semalam sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau di sini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, bas ekspres berkenaan membawa guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof dilaporkan berkata berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh sebuah lori treler.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI