fbpx

Rangka manusia tepi laut dikenalpasti wanita, tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Rangka manusia yang ditemui di kawasan tepi laut Kampung Bagan Hailam, Tanjung Harapan di sini, semalam dikenal pasti sebagai wanita.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penemuan hanya melibatkan rangka itu dalam keadaan tidak sempurna dan tiada melibatkan unsur jenayah.

“Berdasarkan laporan bedah siasat, tiada unsur jenayah diperoleh.

“Mangsa dikenal pasti wanita namun identiti sebenar masih dalam siasatan polis,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan suasana di kampung itu gempar dengan penemuan rangka manusia di tepi laut oleh orang awam yang melaporkannya kepada polis, kira-kira pukul 2 petang.

Pemeriksaan lanjut tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri di lokasi tersebut.

Justeru, Vijaya Rao meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya berhubung dengan pihaknya bagi semakan lanjut.

“Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada Balai Polis Bandar Sultan Suleiman di talian 03-31767622 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Kamarul Hadi Che Harun di talian 011-69821395,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI