fbpx

Perairan Perlis, Kedah bergelora sehingga pukul 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Malaysia sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran laut bergelora yang dikeluarkan melibatkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Sabah Timur dan Lahad Datu.

“Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter (m), yang mana berbahaya kepada aktiviti bot-bot kecil,” katanya.

Selain itu bagi aktiviti perkapalan pula, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di kawasan perairan Phuket, Samui, Tioman, Condore, barat Bunguran, Reef North, Layang-layang, Sulu dan Sulawesi sehingga pukul 3 petang ini.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora dengan kelajuan angin mencecah 50 kimometer sejam dan ketinggian ombak 3.5 meter itu, adalah berbahaya kepada aktiviti bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI