PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik tanpa hujan hampir di seluruh negara pagi ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat pada sebelah pagi dijangka berlaku di Kedah (Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah), serta akan beransur reda pukul 11 pagi nanti.
Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara kecuali di Pulau Pinang dan Melaka.
“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat melibatkan Perlis, Kedah, Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Ribut petir turut dijangka melanda di beberapa di kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Menurut MetMalaysia, di Sabah pula, ribut petir turut dijangka tertumpu di Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat serta keadaan hujan dan berangin diramalkan di Sandakan dan Labuan, diikuti dengan kebanyakan kawasan di Sarawak.
Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dijangka tertumpu di kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta hujan lebat di beberapa tempat melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Selain itu, cuaca buruk sama turut dijangka di Malaysia timur melibatkan Kudat, Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Labuan di Sabah serta Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak menjelang malam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE