fbpx

Op Samseng Jalanan: Empat motosikal disita, 175 saman dikeluarkan di Senawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada motosikal yang ditahan dan diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan sekitar kawasan Senawang, Seremban malam tadi.- Foto PDRM

SEREMBAN – Empat buah motosikal disita manakala 175 saman dikeluarkan dalam pelaksanaan Op Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban di sekitar Senawang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Hatta Che Din berkata, operasi bermula pukul 11 malam itu hasil risikan dan aduan orang awam itu tertumpu di beberapa kawasan dan dibantu Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) dan Balai Polis Senawang.

“Sebanyak 121 buah motosikal dan tiga buah kereta ditahan dan diperiksa, daripada jumlah itu seramai empat lelaki berumur antara 16 sehingga 20 tahun telah ditangkap atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan menunggang secara melulu dan berbahaya.

“Dalam pemeriksaan sama, sebanyak 175 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dan kesalahan melibatkan ubah suai ekzos. Empat motosikal juga telah disita.

“Berikutan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) dan 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI