fbpx

Nenek hampir temui ajal dicekik kekasih cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan di rumahnya di Kampung Tunge, manakala mangsa berada dalam keadaan stabil. - Gambar hiasan

JAKARTA – Seorang lelaki dari Kediri, wilayah Jawa Timur nekad mencekik nenek kekasihnya kerana kecewa hubungan cinta mereka tidak direstui, lapor laman berita Berita Satu.

Suspek yang dikenali sebagai Vitho Putra Praisko, 21, melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa, Siti Khodariyah, 64. 

“Motif suspek adalah hubungan percintaannya dengan cucu mangsa, AIP,  tidak direstui. Suspek berasa sakit hati,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Kediri, Fauzi Pratama.

Tambah Fauzi, ketika kejadian, Vitho meminum minuman keras sebelum pergi ke rumah mangsa yang ketika itu sedang bersendirian.

Suspek menggunakan bantal untuk menekup muka mangsa selain turut mencekik leher mangsa selama dua minit sehingga menyebabkan dia pengsan.

“Disebabkan suspek menyangka mangsa sudah mati, dia terus melarikan diri,” kata Fauzi.

Suspek ditahan di rumahnya di Kampung Tunge, manakala mangsa berada dalam keadaan stabil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI