fbpx

MYNIC santuni Rumah Nur Sakinah, bantu bina laman web sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasul Fadhly bergambar bersama penghuni Rumah Nur Sakinah di Damansara Damai pada program Kunjungan Kasih Aidiladha semalam.

PETALING JAYA – MYNIC Berhad (MYNIC) telah melaksanakan Kunjungan Kasih Aidiladha di Pusat Jagaan Rumah Nur Sakinah di Damansara Damai semalam.

Kunjungan tersebut adalah sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) #IkhlasMYNIC bagi meraikan kira-kira 40 orang anak-anak yatim dan asnaf yang berumur empat sehingga 12 tahun.

Pada program itu juga, MYNIC telah memperuntukkan hampir RM30,000 dalam penganjuran majlis ini yang terdiri daripada sumbangan tunai RM10,000, pembangunan laman web dengan langganan selama tiga tahun dan banner yang baharu.

Sumbangan juga turut melibatkan barangan keperluan asas seperti lampin pakai buang, susu tepung, makanan kering, barangan mandian, dan pertandingan melukis serta mewarna.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, program itu juga sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi yang sinonim dengan pengorbanan dan kasih sayang.

“Ini yang saya nampak berlaku pada hari ini (semalam). Kasih sayang yang dipancarkan oleh penjaga Rumah Nur Sakinah serta pengorbanan mereka menjaga anak-anak di sini amat menyentuh hati.

“Melalui program sebegini, membuatkan kita rasa bersyukur dan lebih menghargai kasih sayang dan pengorbanan masyarakat disekeliling kita.

“Saya berharap program sebegini akan diteruskan oleh MYNIC yang sentiasa prihatin akan keperluan dan kesejahteraan komuniti,”katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan berkata, pihaknya akan membimbing Rumah Nur Sakinah untuk membangunkan laman web rasmi menggunakan nama domain .MY supaya mereka akan lebih mudah berkongsi maklumat dan aktiviti mereka.

Katanya, laman web tersebut juga boleh menjadi sumber kepada aktiviti sukarelawan dan orang ramai yang ingin menyumbang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI