fbpx

Medeseri pusat sehenti kesihatan mesra muslim pertama di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebuah pusat penjagaan kesihatan dan kesejahteraan holistik yang dikenali sebagai MedeSeri menawarkan perkhidmatan mesra muslim pertama di Johor.

Diasaskan oleh Dr. Irma Shida Abu Samah, pusat kesihatan tersebut menawarkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung termasuk penjagaan ibu selepas bersalin, klinik umum, klinik pergigian, spa kecantikan, dan hotel.

Menurut Irma Shida, pusat kesihatan sehenti itu mensasarkan pelanggan dari Johor Bahru, Singapura, dan Indonesia melalui program Pelancongan Kesihatan Johor.

Jelasnya, idea untuk menubuhkan MedeSeri muncul ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

“Covid-19 mengajar kita tentang betapa pentingnya kesihatan. Bidang kesihatan tidak mungkin akan luput kerana sentiasa ada keperluan dan permintaan.

“Walaupun banyak klinik muncul seperti cendawan selepas hujan, kita perlukan sedikit perbezaan dan keberanian. Mungkin ada yang mengatakan ini kerja gila kerana impian ini terlalu besar.

“Namun, pada 2023, saya yakin kesihatan holistik akan menjadi keperluan utama,” katanya yang juga memiliki klinik pergigian sendiri.

Mengulas lanjut, Irma Shida berkata, pusat kesihatan itu juga terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan utama syarikat yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Pesakit yang datang akan dipantau dari segi kesihatan dan kesejahteraan mereka oleh pakar-pakar bertauliah.

“Sebagai contoh, jika pesakit datang untuk rawatan demam atau pergigian, mereka juga boleh mendapatkan rawatan urut di sini,” jelasnya.

Tambah beliau, dengan pendekatan yang holistik dan menyeluruh, MedeSeri bertekad untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada komuniti, sekaligus memupuk kesejahteraan yang menyeluruh dalam kalangan masyarakat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI