fbpx

Lee Zii Jia akui perlu lebih yakin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA gagal mara ke separuh akhir selepas terkandas berdepan Kunlavut pada aksi Terbuka Indonesia kelmarin.

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia percaya masih banyak perlu dilakukan bagi memastikan dia benar-benar bersedia menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Bekas juara Asia dan All England itu menjelaskan, dia perlu memperbaiki beberapa aspek, terutamanya dari segi keyakinan serta gaya permainan sekiranya mahu berada pada prestasi terbaik ke arah temasya sukan empat tahun sekali itu.

Zii Jia mengakui perkara tersebut selepas dia tewas kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn di pusingan suku akhir pada Terbuka Indonesia kelmarin.

“Apa yang perlu diperbaiki lagi mungkin dari segi keyakinan dan corak permainan. Saya perlu balik dan bekerja lebih keras lagi selepas ini bagi mendapatkan corak permainan terbaik,” kata pemain No.7 dunia itu.

Terdahulu, hasrat Zii Jia untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir pada kejohanan Terbuka Indonesia tidak tertunai selepas dia tewas 16-21, 17-21 kepada Kunlavut dalam tempoh 53 minit.

Meskipun berada pada prestasi terbaiknya musim ini, namun pemain berusia 26 tahun itu masih belum berpuas hati dengan aksi keseluruhan dan sedia untuk fokus menjelang kejohanan seterusnya, iaitu Terbuka Australia.

“Memang benar saya memiliki prestasi cukup baik sejak Terbuka Thailand, Malaysia (Masters) dan Terbuka Indonesia tetapi belum berpuas hati dengan keputusan yang dicatatkan.

“Saya perlu terima keputusan yang diraih dan pandang ke hadapan. Masih ada satu kejohanan (sebelum Olimpik), jadi kita tunggu dan tengok sahaja,” tambah Zii Jia yang diletakkan sebagai prospek pingat emas di Paris nanti.

Dalam pada itu, kejayaan Zii Jia menempatkan diri dalam kelompok lapan teratas ranking dunia mencerahkan peluangnya untuk mendapatkan undian lebih mudah pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI