fbpx

Korea Selatan lancar propaganda pembesar suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bertarikh 16 Jun 2004 menunjukkan tentera Korea Selatan membuka bateri pembesar suara propaganda di sepanjang sempadan Korea Utara di Paju. - AFP

SEOUL – Korea Selatan mengumumkan hari ini bahawa ia memutuskan untuk menyambung semula kempen propaganda menggunakan pembesar suara terhadap negara jirannya, Korea Utara.

Ia dilakukan sebagai tindak balas terhadap tindakan Pyongyang yang masih menghantar belon berisi sampah ke negara itu.

“Kami akan memasang pembesar suara di kawasan-kawasan sempadan Korea Utara hari ini dan menyiarkan siaran itu,” kata Pejabat Presiden dalam satu kenyataan.

Korea Utara menghantar lebih 300 lagi belon berisi sampah merentasi sempadan bermula kelmarin, demikian menurut tentera Seoul. Ia katanya, memaksa Pejabat Presiden untuk mengambil langkah yang sepadan dengan tindakan itu.

“Walaupun langkah yang kami ambil ini mungkin sukar untuk ditanggung oleh rejim Korea Utara, namun ia akan menyampaikan mesej dan harapan kepada tentera serta rakyat Korea Utara,” katanya lagi.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, aktivis di Korea Selatan mengapungkan berpuluh-puluh belon yang mengandungi muzik K-Pop, wang dan risalah propaganda anti-Kim Jong-Un ke negara jirannya itu.

Ini menimbulkan kemarahan Pyongyang yang kemudiannya bertindak balas dengan menghantar hampir 1,000 belon sarat dengan puntung rokok dan kertas tandas merentasi sempadan dua negara.

Siaran pembesar suara merupakan taktik yang bermula sejak Perang Korea 1950-1953. Ia menimbulkan kemarahan Pyongyang yang pernah mengancam untuk melancarkan serangan artileri terhadap unit pembesar suara melainkan ia dimatikan.

“Penggunaan taktik pembesar suara berisiko mencetuskan implikasi serius seterusnya membawa kepada konflik bersenjata,” kata Pengarah Strategi Semenanjung Korea di Institut Sejong. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI