fbpx

Haji bukan tempat untuk berpolitik – Arab Saudi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah berjalan di Masjidil Haram, Mekah pada 4 Jun lalu. - AFP

RIYADH – Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al-Rabiah mengingatkan jemaah bahawa haji adalah ibadah keagamaan, dan bukan tempat untuk berpolitik, lapor laman berita The New Arab.

“Tempoh haji adalah untuk beribadah, bukan untuk menyebarkan sebarang slogan politik. 

“Kerajaan Arab Saudi komited untuk memastikan bahawa ia dapat mewujudkan tahap pengabdian, ketenangan dan kerohanian tertinggi,” katanya.

Kenyataan tersebut diumumkan selepas kira-kira 1.2 juta jemaah haji dari seluruh dunia tiba di Mekah untuk musim haji kali ini.

Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa ibadah haji akan bermula pada 14 Jun ini, manakala umat Islam yang berada di negara itu akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 16 Jun. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI