ISKANDAR PUTERI – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menyifatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim sebagai pemain yang baik dan bukanlah ancaman kepada kelabnya.
“Pertama sekali, Faisal Halim ini merupakan budak yang baik tapi saya tidak tahu peribadi dia, apa yang berlaku terhadapnya merupakan satu tindakan yang wajar kita tentang.
“Tetapi, ada apa kena mengena dengan saya? Ada pihak yang cakap Tunku Mahkota Ismail adalah ‘mastermind’.
“Faisal Halim ini cuma pemain bola sepak, tak kan orang Selangor tak boleh fikir dengan cara rasional?,” titahnya.
Beliau bertitah demikian pada sesi podcast sempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.
Tunku Mahkota Ismail bertitah, Baginda menghormati pemain kebangsaan itu yang digambarkan sebagai seorang yang peramah dan juga pemain yang berkualiti. – KOSMO! ONLINE