fbpx

Euro 2024: Aksi ‘sumbang’ rentap ego England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGLAND tewas pada perlawanan persahabatan terakhir sebelum ke saingan Euro ketika berdepan Iceland awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Aksi serba tidak menjadi ditampilkan England ketika tewas mengejut 0-1 kepada Iceland pada perlawanan pemanas badan menjelang Euro 2024 yang berlangsung di Wembley awal pagi semalam.

Gol tunggal perlawanan hasil jaringan Jon Dagur Thorsteinsson seawal minit ke-12 sudah cukup untuk merentap ego skuad The Three Lions yang memasang impian untuk menjadi juara pada Euro kali ini.

Lebih malang, pemain-pemain England dicemuh penyokong sendiri sebaik sahaja tewas kepada Iceland, lebih-lebih lagi pasukan lawan itu langsung tidak melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2024.

Pengurus England, Gareth Southgate bagaimanapun mengakui faham dengan respons yang ditunjukkan penyokong memandangkan England turun dengan reputasi cukup gah pada perlawanan tersebut.

“Saya faham sepenuhnya tindakan itu (cemuhan) dan mereka berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati. Kami juga perlu menerima hakikat bahawa kami gagal menampilkan aksi terbaik pada perlawanan ini.

“Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi disia-siakan barisan serangan. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan berjaya memberi keyakinan kepada pemain lawan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau percaya kekalahan tersebut perlu dijadikan sebagai peringatan kepada mereka supaya berwaspada dengan ancaman setiap pasukan menjelang kejohanan empat tahun sekali itu.

“Jika dilihat pada prestasi malam ini (semalam), kami masih jauh dengan prestasi terbaik dan Iceland layak untuk menang. Oleh itu, sangat penting untuk pemain-pemain sedar dan mula memperbaiki setiap kelemahan,” ujar Southgate. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI