fbpx

[VIDEO] Dua maut bas bawa rombongan guru berlanggar dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN melibatkan sebuah bas membawa rombongan guru dengan sebuah treler di Jalan Bahau-Keratong di Rompin hari ini.

ROMPIN – Dua orang maut selepas sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Bahau-Keratong, di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi itu, bas ekspres berkenaan membawa guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, setakat ini dua mangsa disahkan meninggal dunia.

“Saya tidak dapat memberikan maklumat lanjut tetapi ia melibatkan 30 hingga 40 orang yang mana bas telah terbalik dan jatuh ke lereng bukit.

“Setakat ini dua orang disahkan meninggal dunia dan mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seramai 33 anggota dan tiga pegawai bomba bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan semua mangsa di dalam bas yang terjunam ke dalam cerun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI