fbpx

Difitnah buat maksiat, Puteri Sarah hantar ‘Letter Of Demand’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna FB yang menuduhnya melakukan maksiat.

PETALING JAYA – Difitnah lagi, Puteri Sarah Liyana nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menuduhnya melakukan maksiat atau bersekedudukan.

Ujar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dia sudah mengesan individu berkenaan mengenai tindakan susulan peguamnya yang akan menghantar Letter Of Demand (LOD).

Biarpun individu tersebut telah menukar nama dan gambar profil akaun Facebook, peguam mewakili Puteri Sarah tetap dapat mengesan identitinya.

“Lain kali jangan komen menghina, menuduh aku bermaksiat.

“Dah PM (mesej) kau, pengecut pula. Dasar netizen pengecut ‘locked profile’.

“Terus tukar nama Facebook (FB),” katanya menerusi perkongsian dalam Facebook.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menunjukkan paparan tangkap layar pemilik akaun media sosial yang disifatkan biadab.

Menerusi hantaran sama, Puteri Sarah turut menasihatkan netizen untuk menjaga adab sebelum meninggalkan sebarang komen terutama yang boleh menjurus fitnah.

“Jadilah netizen yang berhemah (dengan) menjaga penulisan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pelakon terbabit sudah mengheret beberapa individu ke mahkamah atas dakwaan fitnah termasuk seorang wanita membabitkan saman mencecah RM1 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI