fbpx

52,000 orang mati akibat kebakaran hutan di negeri California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 16 Mei 2014 menunjukkan kebakaran hutan dan belukar berdekatan kem tentera di Pendleton, California. -- AFP

LOS ANGELES, California  – Pencemaran udara akibat kebakaran hutan California membunuh lebih 52,000 orang dalam tempoh satu dekad, demikian menurut satu kajian baharu kelmarin.

Kawasan hutan dan padang rumput luas hangus pada setiap tahun di negeri itu, menyebabkan kemusnahan bernilai berjuta-juta dolar dan kadang kala meragut nyawa manusia.

Bagaimanapun, penyelidik-penyedilik berkata,  zarah halus yang dibebaskan akibat kebakaran hutan mendatangkan kesan amat buruk terhadap populasi manusia dengan kematian secara tidak langsung akibat faktor tersebut jauh lebih tinggi berbanding korban bencana kebakaran.

Kajian diketuai oleh Rachel Connolly dari Universiti California Los Angeles (UCLA) mendapati zarah halus pencemaran dinamakan PM2.5 kerana ia berukuran 2.5 mikrometer atau lebih halus, menjadi punca kematian berpuluh-puluh ribu orang.

Pasukan penyelidik itu menganalisis data dari 2008 hingga 2018 berhubung zarah PM2.5 yang dibebaskan oleh kebakaran hutan sahaja.

Mereka mendapati sekurang-kurangnya  52,480 kematian pramatang boleh dikaitkan dengan pencemaran udara akibat kebakaran hutan. Kos untuk merawat pesakit ini pula dianggarkan mencecah AS$432 bilion (RM2 trilion).

“Kepentingan pengurusan kebakaran hutan menjadi lebih mendesak pada dekad-dekad akan datang ketika iklim diramal lebih kering, menyebabkan lebih banyak rantau berdepan risiko kebakaran hutan,” kata pasukan penyelidik itu dalam kertas kajian yang disiarkan oleh jurnal Science Advances.

Kajian itu diumumkan ketika California dan kawasan lain di Amerika Barat dilanda gelombang haba pertama pada tahun ini.

Bacaan suhu 49 darjah Celsius direkodkan di kawasan lembah Death Valley  pada Khamis lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI