fbpx

40 maut dalam serangan di Khartoum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk berdiri di sebuah kawasan yang menjadi medan pertempuran antara tentera Sudan dan RSF di Khartoum pada 18 Mei 2023. - AFP

KHARTOUM – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam pengeboman oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di ibu negara Sudan, Khartoum kelmarin, lapor laman berita Middle East Monitor.

Jawatankuasa Penentangan Karari dalam satu kenyataan berkata, beberapa kawasan kediaman di Omdurman diserang menggunakan artileri oleh pasukan separa tentera itu.

Menurut kenyataan tersebut, terdapat 40 kematian yang disahkan, manakala lebih 50 lagi mengalami kecederaan.

Pada 5 Jun lalu, Jawatankuasa Penentangan Medani melaporkan lebih 100 orang terkorban dalam serangan RSF di Kampung Wed en-Nora, dalam negeri Gezira Tengah.

Majlis Kedaulatan Sudan menuduh RSF melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan membunuh orang tidak bersalah di kampung itu.

Namun, RSF mendakwa bahawa mereka hanya menyerang tiga kem yang menempatkan tentera, perisikan dan askar sukarelawan.

“Kami menyeru supaya siasatan menyeluruh dilakukan terhadap apa yang berlaku di Wed en-Nora dan mereka yang melakukan jenayah ini dibawa ke muka pengadilan,” kata Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Timbalan Wakil Khas untuk Sudan, Clementine Nkweta-Salami.

Sejak perang bermula pada pertengahan April tahun lalu, tentera Sudan mengekalkan kawalan di negeri bahagian utara dan timur, manakala RSF aktif di negeri barat dan selatan.

Menurut PBB, konflik di Sudan telah mengakibatkan lebih 16,000 kematian, 8.7 juta orang kehilangan tempat tinggal dan 25 juta lagi memerlukan bantuan kemanusiaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI