fbpx

Wanita 60 tahun dicekup edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan dan dadah yang dirampas daripada suspek.

MIRI – Seorang wanita warga emas berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata suspek berusia 60 tahun itu dicekup oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira pukul 7.30 malam, 6 Jun lalu dalam serbuan ke atas sebuah rumah di sini.

“Hasil pemeriksaan pasukan polis telah menjumpai dan merampas dadah jenis syabu sebanyak 70.2 gram, yang dianggarkan bernilai RM 7,300.50,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya pasukan serbuan turut merampas wang tunai dan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM77,000 daripada suspek, yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran.

Alexson berkata suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman bermula 7 hingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI