fbpx

Tiada keretakan di Lebuh Raya SPE, hanya kesan garisan hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular dakwaan keretakan pada laluan bertingkat Lebuh Raya SPE semalam.

PETALING JAYA – Tiada keretakan berlaku pada laluan bertingkat di Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE) di Jalan Cheras seperti yang tular di media sosial semalam.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, hasil pemeriksaan segera di tapak pukul 11.30 malam tadi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pihak konsesi SPE dan konsultan EDP mengesahkan tiada keretakan tersebut, manakala ia hanya kesan garisan hitam iaitu sendi pembinaan (construction joint) semasa kerja konkrit dahulu.

“Konsultan juga mengesahkan struktur portal lebuh raya tidak terjejas dan selamat.

“Satu laporan pemeriksaan dan pengesahan selamat akan disediakan dan akan dikemukakan kepada LLM,” menurut hantaran X KKR hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, pengguna media sosial mendakwa terdapat retakan pada jejambat Lebuh Raya SPE sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai.

Gambar yang didakwa retakan itu dimuat naik pada media sosial X dan orang ramai berharap pihak berwajib mengambil maklum perkara tersebut.

Perkongsian itu kemudian mendapat maklum balas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi malam tadi yang memandang serius perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI