IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis istiadat penganugerahan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja PPM Negeri Perak 2024 itu menyaksikan lebih 200 ahli pergerakan itu menerima anugerah masing-masing.
Pada majlis itu, seramai 222 orang pemimpin pengakap di semua peringkat dikurniakan bintang dan PPM dan negeri Perak termasuk enam orang pemimpin pengakap luar negara dari Filipina, India dan Thailand.
Selain itu, seramai 56 orang ahli pengakap dalam negeri Perak telah lulus dan mendapat pengiktirafan sebagai Pengakap Raja bagi lulusan tahun 2021 dan 2022.-KOSMO! ONLINE