fbpx

Rumah Khuzaimi Piee bukan ‘target’, hanya kebetulan -KP Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein beramah mesra dengan penduduk yang hadir ketika Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita PDRM Kontinjen Selangor 2024 hari ini. Foto oleh IQBAL ROSLI /KOSMO!

KAJANG – Kes pecah rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee bukanlah sasaran namun, difahamkan hanyalah satu kebetulan menjadi mangsa ketika kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dakwaan rumah Khuzaimi Piee dipecah masuk kerana pemain bola adalah tidak benar.

“Kes ini hanya kebetulan. Hasil siasatan mendapati suspek bukan ‘target’ rumah pemain terbabit.

“Suspek mengintai beberapa rumah sebelum rumahnya yang mana apabila didapati tiada siapa dalam rumah jadi mereka pecah masuk rumah tersebut.

“Secara jelas adalah rumah ini bukan di ‘target’ kerana mangsa adalah pemain bola sepak, tapi hanya kebetulan dan tiada kena mengena dengan isu berkaitan dengan pemain bola sepak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2024, di Taman Rakan, di sini, hari ini.

“Kita masih kesan dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kenderaan yang dinaiki mereka ketika kejadian menggunakan nombor plat palsu,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai pergerakan suspek kes samun kediaman Khuzaimi Piee tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di media sosial itu, suspek dipercayai menggunakan Toyota Estima untuk keluar dari pintu pengawal keselamatan kawasan perumahan berkenaan.

Turut kelihatan, sebuah motosikal jenama Y15ZR berwarna biru yang dipercayai milik Khuzaimi telah dilarikan oleh seorang lelaki keluar dari pekarangan rumahnya diekori rapat oleh kereta putih.

Kemudiannya, terdapat rakaman dari sudut dalam rumah memaparkan seorang individu yang tidak dikenali menyelinap masuk dari pintu rumah Khuzaimi Piee.

Rentetan rumah dipecah masuk, Khuzaimi Piee kehilangan beberapa dokumen penting, empat beg pelbagai jenama, passport dan sebuah motosikal.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI