fbpx

Retakan di Lebuh Raya SPE?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar didakwa retakan pada laluan jejambat Lebuh Raya SPE yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial mendakwa terdapat retakan pada jejambat Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE) sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai.

Gambar yang didakwa retakan itu dimuat naik pada media sosial X dan orang ramai berharap pihak berwajib mengambil maklum perkara tersebut.

“Eh ‘flyover’ (jejambat) ni makin besar ‘crack’ (retakan) ke? Kawan tadi tengok. Dekat Jalan Cheras. Gambar pertama April 2024, gambar kedua Jun 2024,” menurut perkongsian pada akaun aplikasi X semalam.

Perkongsian itu kemudian mendapat maklum balas daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi malam tadi.

“Saya amat memandang serius perkara ini. Saya telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuh Raya SPE untuk turun ke tapak pada malam ini (tadi), juga bagi membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera.

“Keselamatan semua pihak terutamanya pengguna jalan raya amat dititik beratkan,” katanya pada hantaran X. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI