fbpx

Ranking Harimau Malaya kembali pintas seteru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN mengikat Kyrgyzstan membolehkan Harimau Malaya meraih mata untuk memperbaiki kedudukan ranking. - FB FAM

KEJAYAAN Harimau Malaya meraih keputusan seri ke atas negara di ranking ke-100 dunia, Kyrgyzstan menyaksikan kedudukan negara dalam carta ranking FIFA melonjak secara tidak rasmi semalam.

Berdasarkan laman football-ranking.com, skuad negara ketika ini meraih 1094.54 mata dengan tambahan 2.81 selepas meraih keputusan seri 1-1 bertemu Kyrgyzstan di tempat lawan pada aksi Khamis lepas.

Situasi tersebut menyaksikan pasukan kebangsaan ketika ini menduduki ranking ke-135 dunia berbanding di kedudukan No. 138 pada kemaskini terbaharu FIFA, April lepas.

Perkembangan itu juga menyaksikan Harimau Malaya kembali memintas kedudukan seteru tradisi, Indonesia yang menjunam di kedudukan 136 dunia selepas tewas kepada Iraq 0-2 di Jakarta, Khamis lalu.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan, kelmarin.

Kedudukan semasa belum rasmi kerana masih ada satu lagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan ditempuhi skuad negara apabila dijadual bertemu Taiwan di Bukit Jalil pada Selasa ini.

FIFA dijadualkan akan mengeluarkan kedudukan ranking terbaharu pada 20 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI