fbpx

Perlu cepat kuasai teknologi baharu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika meluncurkan Dasar TVET Negara 2030 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat di sini, hari ini.

KUALA LANGAT – Modul pembelajaran teknologi baharu perlu dikuasai termasuk dalam Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) agar tidak ketinggalan berbanding negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengesanan tersebut agar keupayaan pelatih-pelatih TVET dapat memenuhi sehingga ke peringkat kemahiran tertinggi bagi memenuhi keperluan industri dan pasaran terkini.

Katanya, fakulti kejuteraan terutama bidang automatif harus melihat apa yang diperlukan dan dilatih di negara China yang tidak dilakukan di negara ini.

“Apa cabaran kita? Mungkin dalam beberapa bidang, kita belum ada keupayaan kemahiran. Ini memerlukan kerjasama hampir semua kementerian apakah kursus atau program (TVET) itu sesuai, kemudahan itu ada dan apa perlu dipertingkatkan sama ada upskilling dan reskilling yang perlu dimulakan daripada tenaga pengajar.

“Kita lihat tahap kecepatan perubahan itu tidak pernah dilalui dan diduga sebelum ini. Kalau berubah ikut cara dan jalan lama, ketinggalan kita.

“Semalam, kita mesyuarat majlis pelaburan dan kita dapat perhatikan cara modul dan teknologi baharu dan bagaimana kita nilai. Jadi, ini semua harus dikuasai anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari TVET Negara dan meluncurkan Dasar TVET Negara 2030 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat di sini, hari ini.

Justeru, Anwar menegaskan agar tenaga pengajar dan perancang dalam TVET agar tidak terus berada dalam zon selesa bagi memastikan kedudukan prestasi negara terus melonjak di dunia.

“Dalam enam bulan lalu, Malaysia telah menjadi pusat penting pelaburan dalam hub semikonduktor di rantau ini dengan Amerika Syarikat, China dan beberapa negara eropah memilih kita. Eksport cip kepada Amerika Syarikat adalah sebanyak 25 peratus datang dari Malaysia.

“Syarikat Boeing, Airbus akui keupayaan anak-anak kita. Sebab itu dalam latihan kita termasuk dalam TVET perlu menekankan kepada soal displin dan semangat cintakan negara kerana ia menentukan kerja kita,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar menasihati generasi muda agar memanfaat segala prasarana, kemudahan dan belanjawan yang disediakan kerajaan bagi membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang TVET. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI