fbpx

Penunggang p-hailing perlu hantar makanan sampai depan pintu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki kecewa setelah mendapati penunggang p-hailing enggan menghantar makanan terus ke pintu rumah dengan alasan kadar upah yang diterimanya terlalu rendah.

Menurut hantaran @keemmazni di aplikasi X, penunggang p-hailing tersebut juga mengatakan tiada lagi penghantaran ‘door-to-door’bagi sebarang pesanan daripada pelanggan yang tinggal di bangunan bertingkat.

Bagaimanapun, @keemmazni berkata, semakan lanjut mendapati syarikat penghantar makanan tersebut tidak pernah menarik balik sebarang polisi mereka mengenai penghantaran dari pintu ke pintu.

“Kecewa bila ada sesetengah rider yang suka merosakkan keadaan. Sudahlah menipu pelanggan, lepas itu merosakkan nama syarikat.

“Harga pesanan pun semakin naik. Takkan kena ambil pesanan dekat bawah bangunan,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna aplikasi pesanan makanan yang sama turut mengeluh tentang sikap segelintir penunggang p-hailing yang enggan mematuhi polisi demi kepentingan sendiri.

“Saya pernah order makanan. Minta rider hantar naik atas sebab tengah sakit kaki. Pejabat saya tingkat satu sahaja, tapi rider bekeras suruh turun ambil.

“Bila dah sampai bawah, rider tinggalkan sahaja makanan dekat atas peti surat,” kata Feera.

“Ada segelintir rider yang macam ini. Tetapi ramai lagi yang sudi hantar sampai depan pintu rumah. Kalau saya jumpa rider baik, saya mesti akan bagi tip,” kata Hafizie.

“Saya harap syarikat yang terlibat ini ambil serius isu rider mereka. Kadang-kadang, mesej dan panggilan telefon pun tidak berjawab,” kata Zen.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 6,300 tanda suka dan lebih 1.2 juta bacaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI