KOTA BELUD – Seorang lelaki maut maut selepas lori dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang di Kilometer 23, Jalan Kota Belud – Kota Marudu malam tadi.
Mangsa berusia 41 tahun itu didapati memandu sebuah lori jenis Nissan dengan membawa muatan barang-barang kepingan getah dari arah Kota Marudu dalam kejadian pukul 11.38 malam terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas ke dalam longkang sebelah kiri jalan.
“Lori berkenaan dipercayai berpusing sebelum terbalik dalam keadaan melintang di tengah jalan.Ekoran kejadian itu, pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk tindak lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE