fbpx

Hujan lebat di Selangor, Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa kawasan di negeri Selangor, Johor dan Sabah petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook melaporkan cuaca buruk di Selangor tertumpu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Cuaca buruk itu turut melanda beberapa tempat melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu di negeri Johor.

“Di Malaysia Timur pula, hujan lebat dan ribut petir tertumpu pada kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud di Sabah,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk juga diramal akan berlaku di beberapa tempat melibatkan Perlis, Kedah, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI