PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) menjangkakan hujan lebat beserta ribut petir berlaku di lapan negeri sehingga lewat pagi nanti.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk berlaku di sekitar Selatan Kedah serta kawasan berhampiran pantai di Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Selangor.
“Cuaca buruk itu turut melibatkan bahagian Barat Johor di Muar, Barat Johor, Tangkap, dan Batu Pahat.
“Hujan lebat juga diramalkan berlaku di kawasan berhampiran pantai terutama di bahagian limbang,Miri, Sarawak serta di bahagian perairan Sabah dan Labuan.
“Cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir di Semenanjung yang akan berlaku di semua negeri dan tertumpu di bahagian Selatan dan Tengah Semenanjung,” ujarnya.
Di Malaysia Timur, cuaca buruk itu akan melibatkan kebanyakan tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sawarak.
Sementara itu ribut petir turut berlaku di beberapa tempat di daerah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan di Sabah. – KOSMO! ONLINE