fbpx

Gempar rangka manusia tepi laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Suasana di Kampung Bagan Hailam, Tanjung Harapan di sini gempar dengan penemuan rangka manusia di tepi laut kawasan itu hari ini oleh orang awam yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis kira-kira pukul 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sejurus laporan diterima.

“Pemeriksaan lanjut mendapati rangka manusia itu sudah berada dalam keadaan tidak sempurna. Selain itu, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan di lokasi tersebut,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta supaya menghubungi Balai Polis Bandar Sultan Suleiman di talian 03-31767622 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Kamarul Hadi Che Harun di talian 011-69821395. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI