fbpx

Euro 2024: Sepanyol nekad beri ancaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL dianggap sebagai salah sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Euro kali ini. - AFP

JUARA tiga kali, Sepanyol dijangka mampu menjadi antara pencabar utama pada saingan Euro 2024 yang dijadualkan berlangsung 15 Jun hingga 15 Julai depan menerusi gabungan pemain muda dan senior.

Pada edisi 2020 yang lalu, skuad La Roja itu terpaksa berputih mata apabila tersingkir di separuh akhir selepas tewas kepada pasukan juara, Itali menerusi penentuan sepakan penalti 2-4.

Justeru, menjelang Euro 2024, Sepanyol yang dibarisi beberapa pemain berpengalaman seperti Rodri, Aymeric Laporte, Dani Carvajal, Ferran Torres dan David Raya mampu menjadi tunjang selain membantu pemain-pemain muda.

Sepanyol pastinya memiliki motivasi cukup tinggi ketika ini apabila mahu membuktikan mereka masih merupakan antara pasukan terbaik dunia meskipun tewas kepada Maghribi pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

Keputusan dibuat ketua jurulatih, Luis De La Fuente bagi membentuk sebuah pasukan gabungan pemain muda dan senior dilihat sebagai senjata ampuh bagi mengembalikan maruah mereka yang sudah tercalar sebelum ini.

Kata beliau, Sepanyol ketika ini memiliki ramai pemain yang mampu memimpin rakan sepasukan apabila melangkah masuk ke dalam padang, sekali gus memberi kelebihan kepada mereka sebaik sahaja perlawanan bermula nanti.

“Saya percaya kepimpinan ada dalam pelbagai bentuk, namun ia menggalas objektif yang sama, iaitu memastikan pasukan tidak berdepan sebarang masalah ketika menjalankan tugas di atas padang.

“Bagi saya, pasukan ini memiliki motivasi cukup tinggi dan ia sangat penting bagi memastikan kami menjadi lebih kuat. Saya harap pemain-pemain yang memiliki kelebihan teknikal mampu membantu pasukan sebaiknya,” katanya.

Berada dalam Kumpulan B yang dianggap sebagai kumpulan maut, Sepanyol perlu menampilkan aksi berkelas A kerana perlu berdepan cabaran juara bertahan, Itali dan pasukan ketiga terbaik Piala Dunia 2022, Croatia serta Albania.

Dalam pada itu, Euro 2024 juga bakal menjadi medan untuk pemain-pemain muda La Roja seperti Lamine Yamal mempamerkan kemampuan dengan beraksi menentang pemain-pemain berkelas dunia yang lain.

Sebagai rekod, Sepanyol merupakan salah satu pasukan yang memiliki sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi Euro dua kali berturut-turut ketika melakukannya pada edisi 2008 dan 2012. – AGENSI

 

INFO

JURULATIH: Luis De La Fuente
GELARAN: La Roja
PENCAPAIAN: Juara (1964, 2008, 2012)
RANKING: No. 8 dunia
KUMPULAN: B (Croatia, Itali, Albania)

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Alex Remiro (Real Sociedad)
David Raya (Arsenal)
Unai Simon (Athletic Bilbao)

PERTAHANAN
Dani Carvajal (Real Madrid)
Pau Cubarsi (Barcelona)
Marc Cucurella (Chelsea)
Alex Grimaldo (Bayer Leverkusen)
Aymeric Laporte (Al-Nassr)
Robin Le Normand (Real Sociedad)
Jesus Navas (Sevilla)
Nacho (Real Madrid)
Dani Vivian (Athletic Bilbao)

TENGAH
Marcos Llorente (Atletico Madrid)
Mikel Merino (Real Sociedad)
Pedri (Barcelona)
Rodri (Manchester City)
Fabian Ruiz (PSG)
Martin Zubimendi (Real Sociedad)
Marcos Llorente (Atletico Madrid)
Joselu (Real Madrid)

PENYERANG
Ayoze Perez (Real Betis)
Dani Olmo (RB Leipzig)
Mikel Oyarzabal (Real Sociedad)
Ferran Torres (Barcelona)
Nico Williams (Athletic Bilbao)
Lamine Yamal (Barcelona)
Alvaro Morata (Atletico Madrid)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI