fbpx

Enam sekeluarga, ibu mengandung nyaris maut kereta dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah kereta dihempap pokok dalam kejadian ribut di Pantai Kempadang di Kuantan hari ini

KUANTAN – Enam sekeluarga dan seorang ibu mengandung berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok dalam kejadian ribut yang berlaku di Pantai Kempadang hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu turut mengakibatkan kerosakan lain melibatkan bangunan kedai, gerai peniaga, pasar nelayan, gazebo dan landskap Pantai Kempadang.

Salah seorang mangsa, Zulfatihah Zainuddin, 30, berkata, ketika kejadian dia, suami dan empat anaknya sedang berkelah di tepi pantai sebelum berlaku angin ribut yang sangat kuat.

“Saya beritahu suami bahaya duduk bawah pokok. Ketika hendak mengundurkan kereta, tiba-tiba pokok tumbang kena belakang kereta kami. Saya yang panik segera mengeluarkan anak-anak dan menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Kuantan, Mejar Pertahanan Awam (PA) Zahidi Zainudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.19 petang.

“Dua kereta terlibat dan difahamkan terdapat seorang wanita hamil tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil, namun telah dikeluarkan oleh orang awam. Mangsa di hantar ke HTAA (Hospital Tengku Ampuan Afzan) untuk rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI