fbpx

Boikot produk Israel sampai halau pelanggan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan kumpulan pro-Palestin menghalau pelanggan yang berada di Starbucks berkenaan. - @makassar_iinfo

JAKARTA – Satu klip video memaparkan sebuah kumpulan pro-Palestin bertindak melakukan kekerasan di sebuah kedai minuman Starbucks di Indonesia, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di kafe Starbucks Jalan AP Pettarani, Kota Makassar dalam wilayah Sulawesi Selatan semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @makassar_iinfo, kumpulan itu menghalau pelanggan yang berada di kafe tersebut. 

Lebih mengejutkan apabila kumpulan itu dilaporkan memukul seorang pelanggan. 

“Seorang pelanggan dipukul oleh seorang individu dalam kumpulan itu sebelum mereka beredar,” kata keterangan yang disertakan bersama klip  video. 

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa tempatan, Mustari Alam berkata, mereka telah menerima aduan tentang kejadian itu.

“Kumpulan itu melakukan protes di semua kedai termasuk restoran makanan segera KFC,” katanya.

Protes itu dilakukan bagi mengajak orang ramai memboikot semua produk dan jenama Barat. 

Kejadian itu masih dalam siasatan, namun tiada laporan polis dibuat mengenai insiden pukulan tersebut. –  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI